Hari nie dah dekat 2 minggu za kena sakit nie. Bermula dari azra yang kena dari rumah pengasuhnya pastu kena pulak kat za. Dan lagi sekarang hubby pun turut terkena. Nampaknya hari minggu nie kita sekeluarga kena quarantine rumah..tak boleh pegi mana-mana bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain yang mungkin menjadi mangsa jangkitan ini.
Tugas kat ofis pun mungkin dah berlambak-lambak, maklum lah dah dekat 2 minggu tak masuk bertugas. Ada yang orang ofis cakap minggu depan za kena pergi penang buat validasi kajian padi yang tak siap-siap tu. Kunjungan ke Pusat Kesihatan Presint 9 hari isnin penentu segalanya, sekiranya pegawai perubatan yang bertugas membenarkan za mula bertugas maka za akan berkunjung ke Penang hari selasa nie..kalau tidak hasrat tu terpaksa lah dibatalkan.
Sekarang doktor dah bagi suruh titiskan ubat dalam mata, makn ubat tahan gatal dan banyakkkan berehat. Sakit mata nie kalu berpanjangan boleh menyebabkan selaput di mata. tu bab yang tak sedap di dengar sebab dah 2 minggu mata masih lagi bengkak dan kemerahan.
Apapun za akan ikut nasihat doktor...sekian post kali nie..pandang aje skrin pc nie dah berair matanya..so rehatlah kita sambil layan kerenah azra yang semakin nakal nie..
@ Amin yang ke Lima
7 years ago

No comments:
Post a Comment